Isnin, 8 Januari 2018

PRODUK AIA TAKAFUL (KAD PERUBATAN /MEDICAL CARD)




KAD PERUBATAN

◇ Had umur dilindungi sehingga 100 tahun
◇ Melindungi 36 jenis penyakit kronik
◇ Ada pakej individu dan keluarga
◇ Perlindungan MINIMUM RM 1.1 JUTA setahun
◇ Rawatan dialisis buah pinggang (pesakit luar)
◇ Rawatan kanser (pesakit luar)
◇ Mudah digunakan dan cepat
◇ Kad perubatan ini diterima di pelbagai hospital pakar swasta


Banyak lagi manfaat dan faedah untuk anda dan keluarga. Dapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA.
CALL : 016-329 5703
SMS/WHATSAPP : Taip <TAKAFUL> hantar ke            016-329 5703


TINDAKAN ANDA HARI INI, AKAN MENYENANGKAN HARI ESOK


Khamis, 4 Januari 2018

PRODUK AIA TAKAFUL (PERLINDUNGAN HAYAT)





A-LIFE-LINK-i

Ini adalah produk asas perlindungan takaful yang memberikan perlindungan ke atas kematian sehingga umur 100 tahun dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) sehingga umur 70 tahun.

Dengan adanya perlindungan ini, masa depan anda dan keluarga akan lebih terjamin jika sekiranya sesuatu yang tak terduga terjadi.


Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma : 
Call/Whatsapp/SMS : 016- 329 5703 (Fahmi)





Jika Saya Berminat Menyertai Perlindungan AIA TAKAFUL..Apa Perlu Saya Buat?

Ada beberapa kaedah untuk anda menjadi peserta AIA TAKAFUL :

1. Melalui temujanji bersama saya (Kawasan Lembah Klang Saja)
2. Melalui panggilan telefon (Seluruh Malaysia)
3. Melalui WHATSAPP (Seluruh Malaysia)
4. Melalui SMS (Seluruh Malaysia)
5. Melalui email (Seluruh Malaysia)


๐Ÿ“žNombor Telefon, Sms & Whatsapp : 016-329 5703 (Fahmi)
⌨ Email : mohdfahmi.annurgroup@gmail.com


Zaman teknologi sekarang, semuanya di hujung jari. Jadi yang duduk jauh tu..jangan risau. Tetap boleh diuruskan ๐Ÿ˜Š


FORMAT UNTUK WHATSAPP & SMS :

Taip : NAMA<>SAYA NAK TAKAFUL 
dan hantar ke 016-329 5703


Saya Dan AIA TAKAFUL

Bila kita berbicara tentang perlindungan TAKAFUL, ramai juga orang di luar sana yang skeptikal tentangnya kerana ada pelbagai versi cerita negatif yang berlegar di luar sana. Tak kurang juga yang telah ditokok tambah tanpa usul periksa. Apa pun ceritanya, setiap PENYEDIA TAKAFUL adalah tertakluk kepada badan kawal selia seperti BANK NEGARA dan juga badan-badan perundangan yang lain.

PENYEDIA TAKAFUL tidak boleh untuk menolak tuntutan dari pihak peserta jika segala syarat-syarat telah pun dipenuhi. Ini kerana, menjadi tugas utama PENYEDIA TAKAFUL adalah untuk membayar sebarang tuntutan dari pihak peserta tanpa prejudis.

Bila saya berjumpa orang di luar sana, ramai yang bertanya perbezaan produk-produk TAKAFUL dari syarikat penyedia A, B , C dan sebagainya mana satu yang terbaik.

Jawapan saya : SEMUA SYARIKAT PENYEDIA TAKAFUL ADA KELEBIHAN TERSENDIRI, TETAPI UNTUK SAYA..AIA TAKAFUL ADALAH YANG TERBAIK KERANA IANYA MEMPUNYAI LEBIH NILAI UNTUK WANG ANDA.

Satu kepuasan yang tak ternilai jika saya dapat membantu peserta-peserta takaful saya apabila mereka ingin membuat tuntutan di saat-saat yang sangat memerlukan dan mereka berjaya dalam tuntutannya kerana sudah pasti ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak peserta takaful tersebut.


Rabu, 3 Januari 2018

Perunding Takaful Anda..Apa Yang Saya Buat?

Setiap diri dan keluarga mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza dari segi sosio-ekonomi, budaya , lokasi , persekitaran dan gaya hidup. Keperluan perlindungan bagi setiap individu dan juga keluarga adalah tidak sama.

Ada beberapa perkara yang harus diambil kira apabila anda ingin membuat keputusan untuk menjadi peserta TAKAFUL.

✏ Antaranya :

1. Kemampuan kewangan
2. Jenis perlindungan yang diperlukan
3. Tahap risiko diri dan keluarga
4. Kemudahan pembayaran bagi peserta
5. Jumlah perlindungan yang diinginkan

Setelah faktor-faktor di atas dan beberapa perkara lain diambil kira berdasarkan perbincangan dengan pihak anda, saya akan memberi pandangan dan nasihat apakah produk TAKAFUL yang anda perlu untuk diri dan keluarga supaya anda tidak rasa terbeban dengan komitmen caruman untuk TAKAFUL anda kerana perlindungan TAKAFUL adalah untuk tempoh jangka masa panjang ataupun seumur hidup.

Ianya amat penting bagi anda mengetahui produk-produk yang sesuai mengikut keperluan anda dan keluarga.

Menjadi peserta TAKAFUL tanpa mengetahui kesesuaian sesuatu produk dalam kehidupan anda dan keluarga hanya akan menyebabkan anda rugi ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ kerana apa yang anda mahukan tidak sama seperti yang anda dapat.

Itulah pentingnya peranan saya sebagai perunding takaful anda supaya setiap keputusan yang anda ambil adalah bertepatan dengan keperluan anda sekeluarga.

Kenapa Takaful Penting Bagi Saya Dan Keluarga?

Saban hari, kita keluar bekerja mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ada yang suami saja bekerja, dan ada yang suami isteri bekerja. Apa pun pekerjaan yang kita lakukan, tujuannya hanya satu...iaitu bagi membahagiakan dan menyara keluarga tercinta.

Di dalam kesibukan kita bekerja mencari nafkah, terkadang kita lupa bahawa bak kata pepatah melayu "LANGIT TAK SELALU CERAH" dan "MALANG TAK BERBAU". Ada di antara kita yang diuji dengan kehilangan ketua keluarga, atau pun ketua keluarga hilang upaya kekal sehingga tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab menyara keluarga disebabkan pelbagai faktor. Di saat itu, kita rasa bagaikan dunia ini menjadi gelap. Anak-anak juga ramai yang masih bersekolah ataupun yang masih kecil. Itu belum lagi dikira hutang piutang dan kos rawatan yang perlu ditanggung jika ketua keluarga yang terlibat memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Jadi, bagi mereka yang sedar akan kepentingan TAKAFUL, mereka ini akan menjadi penyumbang di dalam skim takaful untuk persediaan di saat-saat sukar. Kerana di dalam takaful, terdapat pelbagai produk yang boleh membantu dari segi kos rawatan perubatan, pampasan kemalangan dan hilang upaya kekal serta tabungan pendidikan masa depan bagi anak-anak.

Apabila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini, peserta takaful yang telah mencarum, akan mendapat pampasan atau kos rawatannya yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit, akan ditanggung oleh PENYEDIA TAKAFUL mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui lebih awal.

Maka, di saat-saat getir begitu..tak perlulah kita BERGOLOK GADAI untuk meneruskan hidup ataupun untuk memberi rawatan yang terbaik bagi orang tersayang kerana diri kita dan keluarga telah dilindungi TAKAFUL sekaligus menyelamatkan harta dan wang simpanan kita dari hangus begitu saja.

Apa yang lebih penting, TAKAFUL adalah perlindungan yang patuh syariah. Tidak terlibat dengan perkara yang meragukan atau melanggar hukum syarak.Ia sama sekali tidak sama dengan perlindungan insurans konvensional.