Rabu, 3 Januari 2018

Kenapa Takaful Penting Bagi Saya Dan Keluarga?

Saban hari, kita keluar bekerja mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ada yang suami saja bekerja, dan ada yang suami isteri bekerja. Apa pun pekerjaan yang kita lakukan, tujuannya hanya satu...iaitu bagi membahagiakan dan menyara keluarga tercinta.

Di dalam kesibukan kita bekerja mencari nafkah, terkadang kita lupa bahawa bak kata pepatah melayu "LANGIT TAK SELALU CERAH" dan "MALANG TAK BERBAU". Ada di antara kita yang diuji dengan kehilangan ketua keluarga, atau pun ketua keluarga hilang upaya kekal sehingga tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab menyara keluarga disebabkan pelbagai faktor. Di saat itu, kita rasa bagaikan dunia ini menjadi gelap. Anak-anak juga ramai yang masih bersekolah ataupun yang masih kecil. Itu belum lagi dikira hutang piutang dan kos rawatan yang perlu ditanggung jika ketua keluarga yang terlibat memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Jadi, bagi mereka yang sedar akan kepentingan TAKAFUL, mereka ini akan menjadi penyumbang di dalam skim takaful untuk persediaan di saat-saat sukar. Kerana di dalam takaful, terdapat pelbagai produk yang boleh membantu dari segi kos rawatan perubatan, pampasan kemalangan dan hilang upaya kekal serta tabungan pendidikan masa depan bagi anak-anak.

Apabila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini, peserta takaful yang telah mencarum, akan mendapat pampasan atau kos rawatannya yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit, akan ditanggung oleh PENYEDIA TAKAFUL mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui lebih awal.

Maka, di saat-saat getir begitu..tak perlulah kita BERGOLOK GADAI untuk meneruskan hidup ataupun untuk memberi rawatan yang terbaik bagi orang tersayang kerana diri kita dan keluarga telah dilindungi TAKAFUL sekaligus menyelamatkan harta dan wang simpanan kita dari hangus begitu saja.

Apa yang lebih penting, TAKAFUL adalah perlindungan yang patuh syariah. Tidak terlibat dengan perkara yang meragukan atau melanggar hukum syarak.Ia sama sekali tidak sama dengan perlindungan insurans konvensional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan