Setiap diri dan keluarga mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza dari segi sosio-ekonomi, budaya , lokasi , persekitaran dan gaya hidup. Keperluan perlindungan bagi setiap individu dan juga keluarga adalah tidak sama.
Ada beberapa perkara yang harus diambil kira apabila anda ingin membuat keputusan untuk menjadi peserta TAKAFUL.
✏ Antaranya :
1. Kemampuan kewangan
2. Jenis perlindungan yang diperlukan
3. Tahap risiko diri dan keluarga
4. Kemudahan pembayaran bagi peserta
5. Jumlah perlindungan yang diinginkan
Setelah faktor-faktor di atas dan beberapa perkara lain diambil kira berdasarkan perbincangan dengan pihak anda, saya akan memberi pandangan dan nasihat apakah produk TAKAFUL yang anda perlu untuk diri dan keluarga supaya anda tidak rasa terbeban dengan komitmen caruman untuk TAKAFUL anda kerana perlindungan TAKAFUL adalah untuk tempoh jangka masa panjang ataupun seumur hidup.
Ianya amat penting bagi anda mengetahui produk-produk yang sesuai mengikut keperluan anda dan keluarga.
Menjadi peserta TAKAFUL tanpa mengetahui kesesuaian sesuatu produk dalam kehidupan anda dan keluarga hanya akan menyebabkan anda rugi 💸💸💸 kerana apa yang anda mahukan tidak sama seperti yang anda dapat.
Itulah pentingnya peranan saya sebagai perunding takaful anda supaya setiap keputusan yang anda ambil adalah bertepatan dengan keperluan anda sekeluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan