Bila kita berbicara tentang perlindungan TAKAFUL, ramai juga orang di luar sana yang skeptikal tentangnya kerana ada pelbagai versi cerita negatif yang berlegar di luar sana. Tak kurang juga yang telah ditokok tambah tanpa usul periksa. Apa pun ceritanya, setiap PENYEDIA TAKAFUL adalah tertakluk kepada badan kawal selia seperti BANK NEGARA dan juga badan-badan perundangan yang lain.
PENYEDIA TAKAFUL tidak boleh untuk menolak tuntutan dari pihak peserta jika segala syarat-syarat telah pun dipenuhi. Ini kerana, menjadi tugas utama PENYEDIA TAKAFUL adalah untuk membayar sebarang tuntutan dari pihak peserta tanpa prejudis.
Bila saya berjumpa orang di luar sana, ramai yang bertanya perbezaan produk-produk TAKAFUL dari syarikat penyedia A, B , C dan sebagainya mana satu yang terbaik.
Jawapan saya : SEMUA SYARIKAT PENYEDIA TAKAFUL ADA KELEBIHAN TERSENDIRI, TETAPI UNTUK SAYA..AIA TAKAFUL ADALAH YANG TERBAIK KERANA IANYA MEMPUNYAI LEBIH NILAI UNTUK WANG ANDA.
Satu kepuasan yang tak ternilai jika saya dapat membantu peserta-peserta takaful saya apabila mereka ingin membuat tuntutan di saat-saat yang sangat memerlukan dan mereka berjaya dalam tuntutannya kerana sudah pasti ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak peserta takaful tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan